KEMESRAAN ‘lain macam’ antara penyanyi Ariel Noah dan pelakon Wulan Guritno kini mencetuskan spekulasi ramai kononnya mereka sedang bercinta.
Semuanya gara-gara pemilik nama asal Nazril Irham, 43, hadir pada majlis tayangan gala filem Norma: Antara Mertua dan Menantu yang dibintangi Wulan.
Kedua-dua mereka juga duduk bersebelahan semasa di dalam panggung bagi menyaksikan filem arahan Guntur Soeharjanto itu.
Melihat keakraban, ramai yang merestui hubungan Ariel dengan Wulan selain menyatakan mereka sangat sepadan.
“Saya sangat menyokong mereka bersama sebab Ariel kacak dan Wulan pula cantik. Memang sepadan,” kata peminat.
“Tinggi dan aura mereka sama. Memang sepadan, pakej sempurna,” ujar pengikut.
“Sama-sama duda dan janda jadi tidak mengapa asalkan kedua-dua mereka tidak ada pasangan,” tutur netizen.