fbpx

Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (depan, kanan) menyambut ketibaan Anwar yang menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan bersama barisan kepemimpinan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini sempena lawatan beliau ke Kelantan hari ini.

Anwar yang berbaju Melayu berwarna merah jambu tiba kira-kira pukul 8.40 pagi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu dan disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mesyuarat yang diadakan secara tertutup itu berlangsung kira-kira satu jam.

Turut menyertai mesyuarat itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan kepemimpinan negeri.

Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok dekat sini selepas mesyuarat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI