fbpx

Alex Marquez tak tertekan pimpin carta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX kini memiliki kelebihan satu mata sebagai pendahulu kejuaraan ke atas Marc yang berada di tangga kedua. - AFP

LUSAIL – Pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez tampil tenang walaupun kini memimpin carta keseluruhan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 buat kali pertama dalam kariernya.

Mengumpul tiga podium berturut-turut di tempat kedua sejak perlumbaan pembuka tirai musim ini, Alex kini mendahului dengan kelebihan satu mata selepas insiden kemalangan abangnya, Marc Marquez di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat minggu lalu.

Menjelang GP Qatar hujung minggu ini, Alex mengakui dia lebih selesa berlumba tanpa tekanan besar di bahunya dan enggan terlalu memikirkan mengenai keputusan selepas tiga perlumbaan lalu.

“Ini adalah minggu perlumbaan yang normal. Tapi apabila anda sudah mendahului kejuaraan, tekanan sebenarnya lebih kepada pelumba lain untuk mengejar saya.

“Ia seperti satu ganjaran buat kami di Gresini selepas segala usaha keras sepanjang musim lepas dan pramusim tahun ini. Namun, kami tak boleh terlalu selesa, perlu terus konsisten dan elak buat kesilapan,” katanya.

GP Qatar di Litar Lusail sebelum ini sering menjadi medan bertuah buat pasukan Gresini Ducati dengan kemenangan sulung pernah dicapai oleh Enea Bastianini dan Fabio Di Giannantonio.

Namun, Alex enggan terlalu yakin biarpun pasukannya itu mempunyai rekod yang cukup baik di litar tersebut.

“Saya suka litar ini tetapi kadang-kadang trek yang kita gemar pun boleh jadi perlumbaan paling sukar.

“Fokus saya tetap sama iaitu dapatkan 100 peratus prestasi terbaik sejak sesi latihan pertama dan pastikan sampai ke garisan penamat dalam keadaan terbaik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI