fbpx

983 mangsa banjir di 6 PPS Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa banjir di PPS SK Sungai Binjai, Meru, Klang. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di Selangor merekodkan sebanyak 983 orang daripada 273 buah keluarga setakat pukul 11.11 pagi ini.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di daerah ini dengan 606 orang daripada 173 mangsa.

Katanya, mereka ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam Seksyen 16 dengan 262 orang diikuti Dewan Kenanga Seksyen 28 (232 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 (112 orang).

“Bagi daerah Klang pula merangkumi 170 mangsa di SK Sungai Binjai dan 139 orang lagi di Dewan Bakawali Seksyen 35.

“Sejumlah 68 mangsa pula ditempatkan di Dewan Serbaguna Camelia Seksyen 10 Putra Height, Subang Jaya,” katanya.

Berdasarkan portal itu juga, pecahan mangsa adalah melibatkan lelaki dengan 307 orang, wanita (329), kanak-kanak lelaki (156), kanak-kanak perempuan (173).

Selain itu, terdapat tujuh mangsa di kalangan bayi lelaki dan 11 bayi perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN