fbpx

100 orang mati dipanah petir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menunggang basikalnya ketika hujan lebat turun di Srinagar, India. - AFP

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam semasa hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa negeri di utara India, lapor akhbar The Independent semalam. 

Jumlah kematian paling banyak direkodkan di negeri Bihar di mana 82 orang terkorban, manakala negeri Uttar Pradesh melaporkan 18 kematian akibat disambar petir. 

Polis berkata, kejadian berlaku apabila penduduk bekerja di ladang dan kebun ketika ribut petir melanda daerah Barabanki di Uttar Pradesh. 

Media tempatan turut melaporkan kecederaan dan kerosakan harta benda di beberapa kawasan terjejas. 

Seorang petani turut maut di negeri Uttarakhand akibat bencana alam itu, demikian menurut pihak berkuasa. 

Di Nepal pula, panahan petir dan hujan lebat meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, kata pegawai Pihak Berkuasa Bencana Kebangsaan.

“Kebanyakan mangsa disambar petir ketika berada di luar rumah semasa ribut, walaupun amaran awal telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi India (IMD).

“Beberapa negeri berada di bawah amaran kuning untuk ribut petir. Namun, penyebaran maklumat dan kepatuhan orang ramai menjadi kebimbangan di India terutamanya di kawasan luar bandar,” tambahnya. 

Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk berada di rumah dan mematuhi amaran agensi meteorologi selepas ribut petir dijangka melanda sepanjang minggu ini.

 

Ketua Menteri Uttar Pradesh dan Bihar akan menyalurkan bantuan 400,000 rupee (RM20,534) sebagai pampasan kepada mangsa dan waris mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI