fbpx

Wan Rosdy dilantik Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan, PMKS Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambai tangan kepada orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam, Beserah di Kuantan.
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kebangsaan.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam, Beserah di sini malam ini.
Anwar berkata, Wan Rosdy akan memainkan peranan dengan membantunya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan menyantuni usahawan bumiputera seluruh negara.
“Wan Rosdy dilantik sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan, PMKS Kebangsaan kerana prestasi yang membanggakan sebagai Menteri Besar dan menyatuni rakyat dengan baik.
“Saya harap dia membantu saya dan Datuk Zahid untuk menyantuni usahawan bumitputera untuk martabatkan usahwan bumiputera seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, minggu lalu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat kejutan mengumumkan kenaikan cukai, namun menangguhkan pelaksanaannya.
“Ada yang naik 50 peratus (Vietnam), Cambodia (30 peratus), Indonesia dan kita 24 peratus. Thailand 30 peratus. Akan akan kesan, nasib baik dia tangguhkan pelaksanaannya.
“Tetapi kita tidak boleh bergantung kepada orang asing. Perpaduan kita harus kuat, kerja kita harus kuat, program harus baik, pelaburan mesti datang, pekerjaan anak-anak mesti terjamin,” katanya.
Beliau berkata, rakyat seharusnya berbangga kerana dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara aman dan tidak kucar-kacir.
“Bagaimana kalau kita miskin, papa kedana, saya berani bercakap sebab negara kita aman, penyatuan kuat. Kita nak jadi negara Muslim yang baik, nak tolong Gaza, bagaimana nak tolong kalau kita miskin? Papa kedana. Kita boleh tolong kalau kita (negara) ada keupayaan.
“Sebab saya tahu Malaysia ini bersatu kuat, saya tahu ekonomi kita mantap, kalau negeri kita hampir bankrap saya tidak boleh bercakap lagi. Sebab itu saya nak gunakan kesempatan ini untuk esok ke Kelantan, Pulau Pinang untuk menerangkan betul-betul.
“Ada yang kata Terengganu dianaktirikan, saya nak terangkan dana kita bagi kepada Terengganu jauh lebih tinggi semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perintah. Apa dia buat, dia hamun kita, sebaliknya kita bagi wang berkali ganda lebih daripada wang ihsan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI