fbpx

[VIDEO] ‘Ya Allah, sedihnya tengok…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan koleksi rumah -rumah kampung yang terbiar sehingga meruntun hati orang ramai.

PETALING JAYA – Ya Allah, sedihnya tengok rumah kampung terbiar macam tu sekali. Mesti dulu meriah adik-beradik membesar.”

Itu antara komen orang ramai yang tersentuh hati melihat rumah-rumah kampung yang ditinggalkan kosong dan usang tiada berpenghuni.

Menggunakan profil @AbgBajuMelayu di media sosial, individu itu berkata, dia kini tetap mengambil tanggungjawab membersihkan rumah di kampung walaupun ia bukan miliknya.

“Rumah pusaka arwah orang tua bukan milik saya, tetapi saya tetap balik kampung bersihkan, tak nak terbiar dan roboh,” katanya menerusi perkongsian video @darilensa.kc di media sosial.

Malah, ada yang mengatakan, rumah di kampung kebiasaannya akan hilang seri apabila kedua-dua ibu bapa sudah tiada.

“Apabila mak dan ayah sudah tak ada, rumah pun terus hilang serinya. Al-Fatihah pada yang telah pergi,” kata pengguna yang lain.

“Sedihnya tengok keadaan rumah pusaka macam ni bila kedua-dua orang tua dah kembali ke alam abadi,” komen @ZulfarizalAzlan.

“Sayangnya, sedih tengok. Mungkin anak-anak sibuk. Nak betulkan pun banyak modal,” ujar @Fatimahyan pula. – KOSMO! ONLINE

@darilensa.kc Cuma nak tanya bila last komer balik kampung #fyp #fypage #rumah #rumahlama #kenangan #melayu #KC #senibina #fypシ゚viral ♬ original sound – darilensa.kc

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI