PETALING JAYA – Satu menu unik yang dikenali sebagai pumpkin macaroni atau makaroni labu kini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas seorang pengguna berkongsi pengalaman mereka memasak hidangan itu.
Menurut perkongsian pengguna TikTok, @Wanalisya97, dia menunjukkan beberapa langkah dalam menyediakan menu tersebut sambil menggalakkan orang ramai untuk tidak terus menolak dan mencuba sendiri.
“Bagi saya mestilah sedap. Lagipun selera orang lain berlainan. Lain orang lain seleranya. Cuba buat, mana tahu berminat,” katanya.
Katanya, menu itu bukan sesuatu yang baharu, malah sudah lama popular sebagai sejenis salad makaroni buah di Sabah dan Sarawak.
Bagi masyarakat di sana, ia merupakan sajian biasa yang sering disediakan dalam jamuan dan perayaan.
“Tak tahu pun benda ini. Sekali belajar dekat Sabah diaorang tunjuk dan ajar makan. Sedap,” kata @Tc_myra.
“Baru tahu orang Semenanjung tak tahu benda ini,” kata @Semanisberyls.
“Kali pertama makan masa belajar dulu. Sedap cuma pelik sedikitlah untuk yang tak biasa ini,” kata @Makanakdua. – KOSMO! ONLINE
@wanalisya97Macaroni byme🥰