fbpx

[VIDEO] Lambaian terakhir umi, hasrat meninggal di Mekah jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lambaian terakhir sebelum Allahyarham Hamidah atau umi berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

PETALING JAYA – Seorang pemuda tidak menyangka hasrat ibunya untuk meninggal dunia di Tanah Suci menjadi kenyataan.

Lebih memilukan, Hamidah Darus, 60, yang dipanggil umi oleh anak-anak pergi menghadap Ilahi pada hari raya keempat, 3 April lalu ketika sujud sewaktu menunaikan solat subuh di Mekah.

Wanita itu berangkat ke Tanah Suci pada 2 Mac lalu.

Abdul Aziz Che Noranuwi, 21, berkata, pemergian ibunya sesuatu yang mengejutkan lebih-lebih lagi dia dan empat adik-beradik lain masih berduka ekoran kematian bapa pada tahun 2021.

“Umi dan ayah merupakan bekas guru. Belum sedih kehilangan ayah, takdir Allah SWT meminjam umi pun tidak lama untuk kami lima beradik,” katanya.

Difahamkan, arwah ibunya menghidap penyakit kencing manis, namun sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat serta layak untuk menunaikan umrah.

“Sepanjang berada di Mekah kami berhubung dengan umi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sejak 1 April, kami tidak dapat menghubungi umi di WhatsApp. Tapi kami adik beradik bersangka baik mungkin umi mahu fokus melakukan ibadah dan tidak mahu diganggu.

“Pada 3 April, kami masih tidak dapat lagi menghubungi umi menyebabkan semua berasa susah hati.

“Kami kemudiannya berhubung dengan mutawwif pada pukul 10 pagi (5 pagi waktu Mekah) dan dimaklumkan umi sudah uzur,” katanya.

Lebih memilukan, arwah ibunya dijadualkan pulang ke tanah air pada 6 April.

“Keluarga kami merancang untuk berkumpul menyambut kepulangan umi, namun perancangan tersebut tidak kesampaian. Kami masih menunggu laporan penuh (kematian) daripada pihak hospital dan sijil kematian.

“Umi ada mengalami demam di sana (Mekah), tapi kami anggap biasa sebab perubahan cuaca di sana,” katanya.

Pemuda itu turut menitipkan pesanan kepada anak-anak supaya menghargai momen bersama ibu bapa dan ahli keluarga.

“Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh Allah. Jangan malu untuk merakam detik-detik indah bersama keluarga kerana ketika suara hilang, biar gambar berbicara,” pesannya.

Video arwah ibunya melambai tangan sewaktu berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Tanah Suci bulan lalu menjadi tular di media sosial kerana ia merupakan detik terakhir mereka berjumpa. – KOSMO! ONLINE

@4zizz._ * 3 April 2025 (4 syawal 1446)* Aku masih ingat, sebelum langkah umi ke Mekah… Kita sempat bersalaman, berpelukan erat. Hangat tubuh umi, lembut suara doa umi masih terasa jelas di dada ini. Siapa sangka… itulah pelukan terakhir antara kita di dunia ini. Umi pergi sebagai tetamu Allah, Dan Allah memilih untuk menjemput umi di tanah yang paling mulia. Bumi Haramain kini menjadi tempat persemadian umi, Tempat di mana doa-doa tak pernah terputus, Dan setiap rindu kuiringi dengan harapan agar umi tenang di sisi-Nya. Umi, aku redha… walau jiwa ini masih menangis dalam diam. Aku percaya, Allah telah memberikan umi kemuliaan yang tak ternilai. Tidurlah dengan tenang di bumi yang diberkati, Sampai kita bertemu kembali, Dalam pelukan yang abadi, di syurga yang Allah janjikan. #sayangsampaimati #umi #hamidahdarus #bidadarisyurga #rayatanpaibuayah ♬ suara asli – Pengabdi Tuhan – 𝓟𝓮𝓷𝓰𝓪𝓫𝓭𝓲 𝙏𝙐𝙃𝘼𝙉💫

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI