JAKARTA – Pengguna jalan raya terkejut melihat seekor ular sawa gergasi melintas jalan dalam kejadian di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, lapor portal berita Joglosemar semalam.
Kejadian berlaku di Jalan Slamet Riyadi dekat bandar Surakarta, baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan ular sawa itu menyusur di jalan tersebut sehingga menyebabkan lalu lintas berhenti.
Ada beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam ular tersebut.
Masih belum jelas sama ada reptilia berkenaan menyeberang dengan selamat atau dialihkan oleh warga setempat.
Ketua Komuniti Penangkap Ular, Janu Wahyu Widodo berkata, kemunculan ular itu ditangani oleh penduduk tempatan. – AGENSI