fbpx

Tsunoda kagum cara Verstappen kawal ‘monster’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSUNODA berharap dapat memberikan pemanduan sempurna pada GP Bahrain hujung minggu ini. - AFP

MANAMA – Pelumba Jepun, Yuki Tsunoda kagum dengan keupayaan juara dunia empat kali, Max Verstappen mengendalikan jentera Red Bull RB21 yang terkenal dengan gelaran ‘monster’ disebabkan ciri-cirinya sukar dikawal.

Dalam penampilan sulungnya bersama pasukan utama Red Bull di Grand Prix (GP) Jepun baru-baru ini, Tsunoda terpaksa menyesuaikan diri dengan pelarasan kereta mengikut gaya pemanduan Verstappen dan sesuatu yang diakui bukan mudah bagi kebanyakan pemandu.

“Saya cuba tetapan Max (Verstappen) di simulator dan memang luar biasa macam mana dia boleh kawal kereta itu. Agak sukar sebenarnya, tetapi Max boleh kendalikan dengan begitu sempurna,” katanya.

Tsunoda turut mendedahkan bahawa Red Bull mempunyai pendekatan berbeza berbanding pasukan lamanya, Racing Bulls terutamanya aspek pengurusan tayar ketika pusingan kelayakan.

“Di Racing Bulls, jurutera lebih banyak beri panduan cara panaskan tayar dengan betul, namun di sini (Red Bull), pemandu kena lebih bijak menyesuaikan diri. Itu budaya pasukan di sini,” jelasnya.

“Saya masih belajar dan semakin selesa dengan kereta ini. Cuma saya perlu terus tingkatkan prestasi dan memahami gaya pemanduan serta tetapan terbaik untuk diri sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Tsunoda tetap positif dengan perkembangan prestasinya bersama Red Bull meskipun hanya menamatkan perlumbaan tempat ke-12.

Kini, pelumba berusia 24 tahun itu tekad memberikan pemandu sempurna untuk berada di posisi lebih baik pada sesi kelayakan menjelang GP Bahrain hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI