fbpx

Tiada lagi sidang media harian di Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin menyampaikan sumbangan kepada seramai 295 murid dan pelajar yang terkesan dengan insiden di Putra Heights, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan tiada lagi sidang media harian akan diadakan di Putra Heights bermula minggu depan.

Katanya, ia kerana bermula minggu depan jawatankuasa bencana negeri akan bermesyuarat mengenai langkah pemulihan di kawasan insiden letupan dan kebakaran saluran gas.

“Selepas ini jawatankuasa yang bermesyuarat mulai Isnin nanti adalah jawatankuasa pemulihan. Bermakna apabila kita dalam jawatankuasa pemulihan, kekerapan sidang media tidak lagi setiap hari.

“Mungkin (sidang media diadakan) antara tiga atau empat hari sekali,” katanya pada sidang media di Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada seramai 295 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Putra Heights yang terkesan.

Amirudin berkata, sumbangan keseluruhan bernilai RM132,500 berupa wang tunai RM500, komputer riba, tablet dan ‘power bank’ serta baucar buku bernilai RM200 seorang kepada seramai 37 mahasiswa.

Tambah beliau, pembersihan mega di lokasi kejadian yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini dianggarkan disertai lebih 1,402 orang termasuk sukarelawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI