fbpx

Tiada keperluan letak dalam SPK, Ahmad Samsuri bukan penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin, Ahmad Samsuri

PETALING JAYA – Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa dirinya diletakkan di bawah status individu berisiko oleh pihak tertentu tanpa sebarang kesalahan adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana tiada keperluan untuk meletakkan Ahmad Samsuri di dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan seorang penjenayah.

Katanya, istilah kawalan perjalanan ‘TCO’ yang digunakan Ahmad Samsuri dalam hantaran dimuat naik juga tidak tepat kerana pegawai kawalan perjalanan sebenarnya merupakan jawatan pegawai polis yang bertugas di pintu keluar masuk negara.

“Beliau (Ahmad Samsuri) bukanlah seorang penjenayah yang perlu diletakkan dalam SPK bagi individu (penjenayah) dikehendakj yang perlu ditahan di dalam atau luar negara.

“Justeru, tiada keperluan untuk pihak polis meletakkan beliau di bawah senarai SPK,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, setiap orang kenamaan (VIP) yang melalui pintu masuk negara akan menggunakan laluan khas selain diiringi pegawai ditugaskan.

“Selain itu, ia perkara biasa sebagai seorang menteri besar yang ingin ke luar negara ditanya soalan-soalan berkaitan kerana bagi memudahkan pihak polis melakukan kawalan keselamatan di tempat dituju,” ujarnya.

Semalam, Ahmad Samsuri melalui hantaran di Facebook mendakwa dirinya dilabel sebagai ‘TCO’ dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak cawangan seolah-olah digambarkan sebabai seorang penjenayah berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI