fbpx

Tegur kereta rosak dilanggar sebelum meragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian itu.

SHAH ALAM – Seorang peniaga kerugian RM11,000 selepas rantai lehernya diragut selepas berhenti melihat keadaan keretanya yang didakwa dilanggar di Setia Alam di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 2.08 petang selepas mangsa berusia 35 tahun ditegur suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa dan isterinya baru selesai membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran.

Katanya, suspek memaklumkan terlanggar bahagian hadapan kereta mangsa sehingga mengalami kerosakan.

“Ketika memerika kenderaannya, suspek secara tiba-tiba merentap rantai leher mangsa dari arah belakang sebelum beredar. Mangsa mengalami kerugian RM11,000, namun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah ALam menerusi 03-55202222.

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan perbuatan suspek meragut mangsa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI