fbpx

Takut keluar menoreh, penduduk diancam King Cobra gergasi  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
29 telur ular yang ditemui di sebuah ladang getah di wilayah Satun, Thailand. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang penangkap ular terkejut menemui sepasang ular tedung gergasi jenis King Cobra bersama 29 telur bersarang di sebuah kebun getah di wilayah Satun, Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kehadiran ular berbisa itu menjadi punca beberapa keluarga yang tinggal di Ban Phang Palm 7, daerah kecil Palm Pattana, dalam daerah Manang takut untuk keluar menoreh sejak Mac lalu.

Penangkap ular tempatan, Bang Ya Bongla King terpaksa mendaki lebih 2 kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut. Dia diiringi beberapa sukarelawan daripada Yayasan Penyelamat Rom Sai. 

Apabila tiba di tempat yang kerap menyaksikan kemunculan ular tersebut, mereka menemui seekor tedung jantan sepanjang 4 meter dan ular betina berukuran 3 meter. 

Mereka turut menemui 29 biji  telur di dalam sarang itu. 

“Pasangan ular ini merupakan induk kepada telur yang pindahkan sebelum ini. Ketika itu, saya tidak memindahkan induknya. 

“Ketika musim pembiakan muncul semula, kedua-dua ular kembali bertelur di tempat sama,” kata Bang Ya. 

Semua ular dan telur itu dipindahkan dan dilepaskan semula ke habitat liar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI