PETALING JAYA – Kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi, tak rugi pun menabung sebab itu duit kita juga, demikian pesanan pelakon dan pengacara Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 34, ketika berbicara soal kepentingan menabung kepada anak-anaknya.
Ain Edruce yang baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua minggu lalu memaklumkan
bahawa sebelum bergelar ibu, dia sebenarnya tidak mengambil kisah pasal menabung untuk simpanan masa akan datang.
Katanya, kesedaran menabung itu hadir apabila dia menimang ca haya mata pertama kira-kira empat tahun lalu.
“Sebelum ini Ain tak ambil kisah sangat pasal kepentingan menabung atau menyimpan ini.
Namun sejak Soraya lahir, ia telah menyentuh naluri Ain untuk mula menabung.
“Sebab macam Ain sebagai artis kita tidak tahu sampai bila khidmat kita diperlukan. Sekarang ini, Al hamdulilah masih ada lagi ‘job’ berlakon dan mengacara.
“Mungkin lepas ini kalau tiada ‘job’ dengan duit tabungan inilah yang akan membantu kita nanti.
“Kita tidak tahu apa nasib dan rezeki kita pada masa akan datang, sebab itu lebih baik kita bersedia dari awal,”katanya kepada Kosmo!.
Bercerita lanjut pasal me nabung, Ain berkata, untuk Soraya, dia telah membuka satu akaun
yang berkaitan dengan saham.
“Saya dan suami (Muhammad Amirul Hafiz Mustaffa) konsisten menabung untuk Soraya di akaun saham tersebut.
“Setiap bulan kami akan memasukkan sejumlah wang di sana.
“Walaupun bukan amaun yang tetap tetapi bila kami semak bakinya, terkejut juga walaupun hanya empat tahun memulakan tabungan itu.
“Sebab saya dan suami kami akan masukkan amaun itu ikut kemampuan bulan itu, ada sikit
masuk sikit, ada banyak masuk banyak,”katanya.
Malah Ain menambah, selain tabungan saham itu, dia dan suami turut merancang untuk membuka tabungan baharu di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
“Kami memang ada perancangan untuk memulakan tabungan di Simpan SSPN, bukan sahaja untuk Soraya tetapi juga untuk bayi baharu kami ini.
“Sebagai ibu bapa, kami mengambil tanggungjawab menabung ini supaya kehidupan anak
anak kami pada masa akan datang lebih terjamin.
“Kalau kita tidak mula sekarang, bila lagi kan?
“Saya nak pastikan anak-anak memiliki tabungan yang mencukupi apabila dewasa nanti. Senang kalau nak sambung belajar , sekurang-kurangnya dah ada duit tabungan.
Tidaklah hanya bergantung kepada pinjaman pelajaran.
“Pesan saya, menabunglah mulai sekarang. Saya juga akan pasti kan anak-anak saya mempraktikkan amalan menabung untuk kehidupan yang lebih selesa,”katanya.
Terdahulu, PTPTN memaklumkan, pihaknya sedang mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025.
Kempen ini menawarkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan lebih RM1.5 juta untuk dimenangi oleh 550 pemenang.
Ia adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada masyarakat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan.
Terdapat tiga cabutan untuk disertai oleh semua pendeposit iaitu Cabutan WOW! Gong Xi Raya, Cabutan WOW! Superheroes dan Cabutan WOW! Tahunan.
Bagi Kempen Cabutan WOW! Gong Xi Raya, pemenang utama bakal membawa pulang wang
tunai RM30,000, tempat kedua RM15,000 untuk tiga pemenang serta saguhati RM1,000 untuk 126 pemenang.
Tempoh kempen bermula dari 1Januari hingga 30 April 2025.
Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Setiap simpanan bersih RM100 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN. -KOSMO! ONLINE