fbpx

Shah Alam, Klang dan Puchong dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya di Shah Alam dilanda banjir pagi tadi.

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di sekitar Selangor dilanda banjir kilat.

Menerusi perkongsian pemilik akaun TikTok @Pejuangan_Iman , air naik dan membanjiri jalan raya di Shah Alam pagi tadi.

Antara lokasi terjejas adalah berhampiran stesen minyak Petronas Seksyen 26 dengan kenderaan ringan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terkandas.

Kawasan lain lain yang dilanda banjir kilat adalah di Puchong, Damansara dan Klang.

“Masih banjir, air tinggi lagi tadi sekitar pukul 8 pagi,” maklum pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, orang ramai meluahkan kebimbangan akan berlakunya bencana banjir dan mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

“Semoga tidak serius banjirnya dan dipermudahkan segala urusan,” kata
@Ninakarinasally. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI