fbpx

Selangor, Perak antara 4 negeri dilanda hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Hujan lebat turut diramal di Selangor di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak,” katanya.

Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah di pedalaman Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau (Tawau dan Semporna)

“Ribut petir dijangka belaku di Sarawak di daerah Limbang (Lawas),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI