SELAMAT Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua terutamanya keluarga yang berada di Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Tidak dilupakan kepada saudara-mara yang berada di Kampung Telok Malek, Kedah dan sahabat tersayang. Semoga lebaran seterusnya dapat disambut bersama dengan penuh kerahmatan dan kegembiraan. Maaf zahir dan batin semua.
Daripada: Farrihin Tasnim Abdul Rahim
Lokasi: Kamarom, Hungary
SALAM lebaran buat keluarga yang berada di Sungkai, Perak serta keluarga mentua di Sabak Bernam, Selangor. Tidak lupa juga buat saudara-mara serta sahabat dan kenalan yang sentiasa dalam ingatan. Salam perantauan daripada kami sekeluarga.
Nama: Elizayana Mohd. Nordin
Lokasi: Guangzhou, China
SELAMAT Hari Raya Aidilfitri buat semua di Malaysia, terutamanya keluarga Mohamad dan Noraini.
Tidak lupa juga sahabat handai, antaranya Amelia, Fahmi, Izz dan lain-lain termasuk nenek, Che Anah di kampung. Semoga kita diberi kebahagiaan, kesihatan dan kedamaian sepanjang lebaran.
Raya kali ini memang masa terbaik untuk saling bermaaf-maafan dan menghargai waktu bersama orang tersayang.
Daripada: Nur Syazwani Ashikin Mohamad dan rakan-rakan
Lokasi: Kursk, Russia
KAMI sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh keluarga di Lubok China, Melaka dan Bandar Seri Putra, Selangor.
Tidak dilupakan, sanak saudara di Terengganu, Mersing, Johor, Melaka, Singapura serta rakan-rakan dan warga kerja Hospital Kajang. Doakan kejayaan kami di sini, jumpa lagi tahun depan.
Daripada: Mohd. Niza Zakaria, Nur Izzah Zabidi dan Nuha Afiyah
Lokasi: Sydney, Australia