fbpx

Remaja ‘buat hal’ dengan pelajar lelaki tahfiz mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesalah juvana (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

AMPANG – Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar tahfiz lelaki berusia 14 tahun di asrama sebuah pusat pengajian swasta di sini tahun lalu.

Pesalah juvana itu membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Jun ini bagi laporan akhlak serta bagi fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan pesalah juvana yang ketika kejadian berusia 17 tahun itu didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 13 tahun (ketika kejadian).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di asrama sebuah pusat pengajian swasta pukul 2.30 petang pada pertengahan April tahun lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 14 akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S.Kirthana menawarkan jaminan RM8,000 sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun peguam A.Rahman Mohd. Nasir yang memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan pendapatan bapa anak guamnya sekitar RM5,000 sebulan.

“Pesalah juvana satu kes yang berbeza dengan hukuman lain yang masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.

“Dia (pesalah juvana) belum bekerja dan sepatutnya melanjutkan pelajaran di sebuah pusat tahfiz namun terpaksa dibatalkan selepas direman polis,” kata peguam itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki melakukan serangan seksual di sebuah pusat pengajian tahfiz di sini ditahan polis hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada Ahad lalu.

Menurutnya, kejadian itu didakwa berlaku pada April tahun lalu apabila mangsa melakukan perbuatan lain yang tidak senonoh terhadap mangsa.

“Akibat kejadian terbabit, mangsa kini mengalami trauma di atas perkara yang berlaku,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar apabila rakan pelajar terbabit memberitahu insiden tersebut kepada ibunya yang memaklumkan perkara berkenaan kepada bapa mangsa.

Siti Kamsiah berkata, mangsa yang mengalami trauma tidak menceritakan kejadian itu kepada bapanya kerana bimbang dimarahi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI