SUBANG JAYA – Bukti serta kesimpulan konkrit berhubung punca sebenar insiden letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights di sini dijangka hanya boleh diperoleh pada pertengahan Mei ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia kerana pasukan teknikal masih belum melalukan siasatan di tapak kejadian disebabkan keadaan tanah di lokasi tersebut masih belum stabil.
“Unit siasatan kalau perlu masa lagi, kita perl beri mereka masa secukupnya. Siasatan teknikal belum berjalan sepenuhnya, hanya berjalan di atas ‘board’ dan laporan ‘task’. Belum berjalan di lapangan.
“Selepas pentasbilan tapak dilakukan, baru siasatan akan dilakukan untuk kenal pasti punca sebenar dan polis akan turut kesan jika ada unsur jenayah yang boleh didakwa
“Pihak teknikal menjangkakan sampai pertengahan bulan Mei baru mereka akan dapat satu bukti dan juga kesimpulan yang lebih konkrit terhadap peristiwa yang berlaku,” katanya pada sidang media di Masjid Putra Heights di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE