fbpx

Polis kesan dua lokasi panas sepanjang PRK DUN Ayer Kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Noor Hisam (dua dari kiri) pada sidang media berkaitan PRK DUN Ayer Kuning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Tapah hari ini.

TAPAH – Polis telah mengenal pasti dua lokasi panas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selain beberapa individu yang berpotensi mencetuskan provokasi sepanjang pilihan raya itu berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata, dua lokasi panas itu serta beberapa individu berada di bawah pemantauan rapi berdasarkan rekod terdahulu melibatkan isu-isu sensitif yang mampu menggugat ketenteraman awam.

“Penduduk tempatan mungkin berkelakuan baik tetapi yang datang dari luar kawasan menjadi kebimbangan kami. Kita telah kenal pasti individu berisiko ini dan ada langkah balas disusun rapi.

“Beberapa isu tempatan dan nasional dijangka dimanipulasi sebagai sentimen kempen justeru pihak berkuasa tidak akan berkompromi jika terdapat pelanggaran undang-undang,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada Sidang Media Ketua Polis Perak Berkaitan Persediaan PDRM Perak Sempena Menghadapi Pilihan Raya Kecil N48 Ayer Kuning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI