fbpx

Tinggalkan bagasi berisi dadah di Lapangan Terbang Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagasi penumpang bersama 10.138 kilogram Methamphetamine yang dirampas selepas tidak dituntut pada 4 Mac lepas melalui satu penerbangan komersial dari Kuala Lumpur.

MIRI – Anggota sindiket penyeludupan dadah nekad meninggalkan bagasi berisi 10 kilogram (kg) methamphetamine di Lapangan Terbang Miri di sini bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, bagasi dadah bernilai RM335,180 itu tiba menerusi penerbangan komersial dari Kuala Lumpur dan tidak dituntut pada 4 Mac lalu.

“Pada pukul 1.10 tengah hari, 5 Mac lalu, pegawai Unit Khas Pemeriksaan Penumpang dengan kerjasama Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak memeriksa bagasi itu dan menemui 10 plastik lutsinar berisi dadah disyaki methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket itu menyeludup dadah menggunakan penerbangan dari semenanjung Malaysia dengan menyembunyikan bahan terlarang itu dalam bagasi yang dicampur pakaian dan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI