JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di tempat sama dengan arah kiblat yang berbeza, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Taman Tegallega dekat Bandung, wilayah Jawa Timur pada 31 Mac lalu.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ardiardiansyahh menunjukkan warga setempat khyusuk menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di sebuah taman.
Apa yang menarik perhatian adalah terdapat dua kumpulan menghadap arah kiblat berbeza.
“Arab kiblat kiri, kanan,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kiblat mengikut kepercayaan masing-masing,” kata seorang netizen.
“Kita wajib menghadap arah kiblat, bukan imam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI