fbpx

6 hari bertarung nyawa, pelajar Politeknik Merlimau ‘pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan dan lokasi kemalangan di kilometer tiga, Jalan Bahau - Juasseh yang mengorbankan nyawa seorang pelajar Politeknik Merlimau selepas bertarung nyawa enam hari di hospital. -Foto PDRM

JEMPOL – Seorang pelajar Politeknik Merlimau Melaka meninggal dunia selepas enam hari bertarung nyawa setelah terbabit dalam kemalangan di daerah ini pada 4 April lalu.

Mangsa yang berusia 20 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, nahas pada pukul 7 malam itu berlaku di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh melibatkan motosikal Yamaha 135LC dan kereta Proton Saga.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Juasseh dipercayai ke rumah rakannya.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun keluar dari simpang kiri menghala ke Pekan Bahau menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut.

“Akibatnya, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan dikejarkan ke HTAN untuk menerima rawatan. Pemandu kereta tidak cedera.

“Pada pukul 11 malam tadi, pemuda itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN,” katanya kepada pemberita hari ini.

Chang Hook meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Jempol, Inspektor Mohd. Amirul Syafiq Mohd. Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI