PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga pukul 6 petang ini.
Negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terjejas seluruh negeri Perlis dan Langkawi, Kuala Muda, Sik serta Baling di Kedah.
“Di Perak ia hanya melibatkan kawasan Hulu Perak,” katanya.
Di Pantai Timur, kawasan terjejas di seluruh Terengganu serta di Kuantan, Pahang.
Cuaca sama diramal berlaku di Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Telan Usan).
Ribut petir juga berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau),” katanya. – KOSMO! ONLINE