fbpx

Milligan tinggalkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLIGAN dilapor menerima tawaran mengemudi kelab berpengaruh di Australia menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan Harimau Malaya. - FB MALAYSIA NT

PERSIAPAN skuad Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 sedikit terjejas apabila kehilangan khidmat Mark Milligan yang meletakkan jawatan selepas dua bulan dilantik selaku penolong ketua jurulatih.

Perkara itu disahkan oleh pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski yang turut mengucapkan selamat maju jaya terhadap bekas kapten skuad antarabangsa Australia itu selepas ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mark Milligan atas sumbangannya kepada pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

“Sungguhpun tempohnya singkat, beliau membantu langkah pertama bagi tempoh penting untuk persiapan aksi Malaysia menentang Nepal.

“Kami memahami dan menyokong keputusannya untuk mencari peluang di luar negara. Kami mengucapkan segala yang terbaik dalam usaha beliau pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Milligan, 40, mengucapkan penghargaan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan gembira dapat menjadi sebahagian daripada revolusi Harimau Malaya meskipun dalam tempoh yang singkat.

“Diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan profesional seperti ini telah banyak mengajar saya.

“Pengalaman dan tahap profesionalisme di peringkat elit ini adalah sesuatu yang saya hanya dapat harapkan dan impikan untuk mencapai dalam perjalanan saya ke hadapan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain-pemain, staf, dan penyokong Malaysia dalam usaha untuk kelayakan Piala Asia 2027 dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Nepal 2-0 pada aksi pertama kelayakan Kumpulan F bulan lalu dan bakal mengharungi dua lagi perlawanan bertemu Vietnam pada Jun depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI