fbpx

‘Masa isteri pantang, apa kejutan yang kau bagi dekat dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Zehra iaitu Zawir pula mendedahkan lebam-lebam di badan kakaknya.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga penyanyi Zehra Zambri dan suaminya, Nur Mohd. Iqwan Samsudin memasuki episod baharu apabila adiknya iaitu Zawir Zambr menyatakan program Gegar Vaganza disertai kakaknya itu bukan punca keretakan rumah tangga pasangan terbabit.

Malah, Zawir turut memberi amaran kepada Iqwan agar tidak mendedahkan aib rumah tangga selain hanya mahu menyelesaikan semua perkara di muka pengadilan kelak.

“GV penyebab? Tidak, lama dah benda itu berlaku. Kami sekeluarga banyak beri peluang kepadanya untuk berubah tetapi makin teruk.

“Sekarang ‘play victim’ (mangsa keadaan). Bro, kita selesaikan di mahkamah okey, tak perlu jaja hal rumah tangga dekat umum.

“Makin dinafi, makin banyak aib kau sendiri yang terkeluar,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Zawir turut memuat naik sekeping foto bahagian badan yang dipercayai milik Zehra yang lebam ketika berpantang pada dua tahun lalu.

Dia juga mendakwa pelantun lagu Malam Yang Ganjil itu berdepan masalah tekanan emosi dan mental yang serius susulan provokasi suami.

“Semasa isteri pantang pada 3 Januari 2023, apa kejutan yang kau bagi dekat dia?

“Selepas pantang, bergelut dengan emosi dan mental setelah kau membuat provokasi macam-macam seperti masalah duit dan lain-lain dia kena fikir,” ujarnya.

Selain itu, Zawir berharap kakaknya terus kuat menjalani ujian rumah tangga termasuk kecaman daripada netizen.

“Sabarlah kakakku, ujian untuk kamu jadi lebih kuat. Biarlah netizen kecam, herdik dan caci maki kamu atas fitnahnya.

“Mereka tidak tahu hal sebenar. Allah ada Maha melihat,” jelasnya.

Semalam, pegawai penyiaran itu enggan melepaskan Zehra dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan hakim memutuskan kedua-dua pihak melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.

Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.

Pasangan terbabit mendirikan rumah pada 10 November 2021 dan perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI