fbpx

Mangsa di PPS Meru meningkat 215

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JKM menyerahkan barangan kepada mangsa banjir di PPS SK Sungai Binjai, Meru, Klang, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Meru di sini, meningkat kepada 215 orang.

Kesemua mangsa daripada 52 buah keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai setakat pukul 5 petang ini.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, mereka terdiri daripada 66 lelaki dan 69 wanita dewasa, kanak-kanak lelaki (43), kanak-kanak perempuan (35) dan dua bayi perempuan selain 20 warga emas dan 19 Orang Kurang Upaya (OKU).

Penduduk terjejas antaranya melibatkan Taman Sri Jaya, Taman Meru Indah, Jalan Kenangan, Jalan Cempaka, Jalan Teratai dan beberapa kampung lain.

Dalam pada itu, Kosmo! petang ini mendapati petugas JKM mengedarkan bekalan air minuman, bantal, selimut, cadar kepada penghuni PPS tersebut.

Beberapa kawasan seperti Jalan Kenangan dan Jalan Cempaka didapati masih dinaiki air yang dikategorikan sebagai banjir ‘termenung’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI