fbpx

Liga Super: Tok Gajah mahu jadikan Perak FC ‘mangsa’ kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sri Pahang ketika ini berada pada tahap terbaik selepas menewaskan KDA FC 6-0, Selasa lepas. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mahu anak buahnya mengekalkan rentak kemenangan ketika bertemu Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam esok.

Selepas membenam Kedah FC dengan jaringan besar, 6-0, di laman sendiri, Fandi harap barisan pemain dapat mempamerkan aksi lebih baik.

“Dengan berbaki dua perlawanan, saya akan melakukan perubahan dalam senarai pemain dan strategi berdepan Perak untuk mengelak daripada kecederaan.

“Sebelum ini, saya tidak sempat untuk menyenaraikan beberapa pemain ketika menang 6-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC, Selasa lalu,” katanya kepada Kosmo!.

Semasa membaham Sang Kenari, Fandi anggap prestasi Nor Azam Azih dan Mohamad Saiful Jamaluddin yang dibawa masuk babak kedua cukup memukau.

“Dengan perubahan strategi, saya dapat menilai prestasi pemain kerana mereka masih layak diberikan peluang untuk berada dalam skuad utama.

“Peluang yang diberikan itu diharap mampu diterjemahkan dengan cemerlang kerana berbaki dua perlawanan berdepan Perak dan Penang FC,” kata pengendali dari Singapura itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI