fbpx

Liga Super: Bonilla, Akinade dituntut lebih garang robek gawang PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prestasi Bonilla dianggap belum berada pada tahap memuaskan pada musim ini. - Foto ihsan TFC

DUA penyerang import Terengganu FC (TFC) iaitu Nelson Bonilla dan Ismaheel Akinade dituntut lebih tajam pada dua aksi terakhir Liga Super termasuk menentang PDRM FC di laman lawan malam esok.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali mengakui luahan tersebut dan menggesa Bonilla dan Akinade lebih klinikal di depan gawang lawan pada aksi menentang skuad The Cops ini. 

“Saya harap mereka (Bonilla dan Akinade) dapat membuktikan kemampuan mereka dengan menjaringkan seberapa banyak gol pada perlawanan tersebut. 

“Perlu diakui masalah kita telah mencipta banyak peluang (menjaringkan gol) tetapi gagal disudahkan,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Selain menentang PDRM, TFC akan menamatkan kempen Liga Super musim ini bertembung skuad bermasalah, Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi terakhir liga di gelanggang sendiri pada 20 April depan. 

Badrul Afzan berkata, skuad kendaliannya yang kini berada di tangga kelima tiada pilihan lain selain mengelak keciciran mata penting lagi di Stadium Perbandaran Selayang malam ini. 

Bekas pemain tengah Terengganu itu menuntut semua anak buahnya yang akan diturunkan bermain berhabis-habisan bagi menjinakkan PDRM. 

“Saya mahu mereka bangkit dan lupakan kekalahan memeritkan terhadap Selangor minggu lalu. 

“Kesebelasan utama yang bakal diturun akan mengalami sedikit rombakan dengan harapan mampu memberi impak positif dalam perlawanan tersebut,” katanya.

Badrul Afzan juga menuntut barisan pertahanan tempatannya lebih ampuh mempertahankan kubu mereka daripada dibocori lawan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI