fbpx

Lelaki maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batang Kali, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batang Kali, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan lori yang menuju ke Genting Highland.

“Mangsa tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI