fbpx

Lelaki dijerut, disamun ketika buang air kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian Apisit dirompak. - Foto Google Maps

BANGKOK – Seorang lelaki terselamat selepas dijerut dan dirompak ketika membuang air kecil di tepi jalan dalam kejadian di wilayah Chiang Rai, utara Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Apisit berusia 26 tahun itu  memfailkan aduan di Balai Polis Mae Lao semalam selepas sedar daripada pengsan akibat dijerut dengan wayar elektrik. 

Apisit memberitahu,  dia perlu membuang air kecil selepas pulang dari bekerja, menyebabkannya berhenti di lokasi kejadian malam kelmarin.

Mangsa berkata, dia bercakap dengan teman wanitanya melalui telefon bimbit ketika membuang air kecil. 

Tanpa diduga, dia berasa sesuatu menyentuh leher menyebabkan telefonnya jatuh dan kemudian tidak sedarkan diri.

Apabila tersedar, dia mendapati wayar elektrik di lehernya dan kesan menunjukkan dia telah dijerut. 

Dia memeriksa barang-barangnya dan mendapati wang tunai 2,000 baht (RM263) miliknya  hilang. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI