fbpx

Lebih 1,500 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Raya Mekdi – McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melati (tengah) bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kanan) bergambar di Rumah Terbuka Raya Mekdi di McDonald's Pantai Sentral Park DT, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Rumah Terbuka Raya Mekdi yang julung kalinya dianjurkan McDonald’s Malaysia bertempat di McDonald’s Pantai Sentral Park, di sini berlangsung dengan meriah hari ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, Melati Abdul Hai berkata, lebih 1,500 pengunjung hadir pada program raya berkenaan setakat petang tadi.

Beliau berkata, program yang berlangsung sehingga pukul 9 malam ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti setempat dan pelanggan makanan segera tersebut.

Selain Pantai Sentral Park, terdapat empat lokasi lain dipilih bagi penganjuran Rumah Terbuka Raya Mekdi pada esok, minggu hadapan dan 26 April ini.

Program esok berlangsung di McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, diikuti McDonald’s Indera Mahkota, Pahang pada 18 April, McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).

“Para tetamu turut dihidangkan dengan 1,500 set McDonald’s Foldover Ayam secara percuma di setiap lokasi sebagai tanda penghargaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan Rumah Terbuka Raya Mekdi hari ini.

Beliau berkata, tetamu bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular, malah turut berpeluang membawa pulang hadiah percuma.

Pengunjung yang hadir pada Rumah Terbuka Raya Mekdi di McDonald’s Pantai Sentral Park DT, Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI /KOSMO!

“Antara artis terkenal tanah air yang membuat persembahan ialah Nabila Razali, Ara Johari dan MK K-Clique. Pengunjung juga berpeluang memenangi baucar percuma apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

“Kami berasa amat teruja dengan sambutan yang diberikan dan ini adalah cara terbaik serta menarik untuk diberikan semula kepada komuniti yang menyokong kami selama ini,” ujarnya.

McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) untuk menjemput anak-anak yatim Pusat Jagaan Darul Sakinah bagi memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan.

Di McDonald’s Malaysia, program-program komuniti merupakan salah satu nilai teras dalam operasi syarikat yang mana memberi kembali kepada masyarakat setempat merupakan satu komitmen yang berterusan.

Sepanjang Ramadan lalu, McDonald’s Malaysia menganjurkan program Kongsi Rezeki Ramadan yang menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh serta pengagihan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan.

Pelbagai komuniti masjid, surau, universiti, dan kawasan lain turut menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Pemberian kopi percuma turut dilaksanakan di Pandu-Lalu, selain hidangan percuma pada hari pertama dan kedua Aidilfitri di semua cawangan McDonald’s di seluruh negara.

Pelanggan juga menikmati tawaran istimewa melalui aplikasi McD dengan pelbagai promosi raya dan suasana perayaan turut dirasai di 26 restoran McDonald’s terpilih yang dihias dengan dekorasi raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI