fbpx

Konsert raya: Nak rakam secara ‘live’ cuma masa tak cukup – M. Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Nasir bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur menerusi sebuah penganjuran konsert bertemakan raya Ahad ini. – MOHD. HAIKAL ISA

SHAH ALAM – “Lagu yang ada rasa nostalgia dan karya-karya tersebut popular pada musim perayaan.”

Demikian kata penghibur terkenal, Datuk M. Nasir berhubung pemilihan lagu atau setlist untuk konsert bertemakan hari raya yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur Ahad ini.

Atas rasa penuh penghormatan, beliau memilih tiga lagu malar segar iaitu Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran untuk melengkapkan persembahannya lusa ini.

“Pemilihan tiga lagu ini untuk memberi penghormatan kepada pencipta lagu berkenaan, P. Ramlee, Oslan dan Ahmad Jaafar.

“Menjadi antara 10 lagu hari raya terbaik pada zaman itu. Paling popular sudah tentu lagu Selamat Hari Raya berentak cha cha.

“Selain menyatakan (homage) penghargaan, lagu ini juga dinyanyikan kerana saya meminatinya sejak zaman kecil lagi,” katanya ditemui pada sesi latihan konsert yang diadakan sebuah studio di Bukit Rahman Putra, di sini, semalam.

Ditanya tentang sama ada pernah terfikir untuk merakamkan semula lagu-lagu raya popular zaman dahulu, jawab M. Nasir, semua itu bukan satu perkara yang mudah.

“Rakaman ini satu industri yang lain sikit. Ada kena-mengena dengan pemasaran apa semua. Memang boleh buat dan ada idea begitu dalam kepala.

“Malah, saya nak rakamkan secara live. Tapi live dalam studio. Tempoh hari, ada terfikir nak rakam waktu praktis tapi masa tak cukup.

“Mungkin kita boleh cuba suatu hari nanti (rakamkan lagu-lagu raya popular versi saya).” katanya.

Tambahnya, dia juga menyanyikan lagu non-raya pada ciptaannya hujung minggu nanti kerana baginya, tidak salah berbuat demikian, selain ada permintaan khalayak.

Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Ditanya berkenaan duit raya seperti dilakukan semasa Konsert Cipta 2 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Oktober lalu, M Nasir menyerahkan perkara itu pada penganjur, Iman Tang.

“Terserah kepada dia. Saya hanya menyanyi untuk konsert ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI