fbpx

KL City Day Half Maraton sasar 12,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRISON berucap pada majlis pelancaran penganjuran maraton KL City Day Half Maraton 2025 yang diadakan di Damansara semalam.

KUALA LUMPUR – Acara larian ikonik, Kuala Lumpur (KL) City Day Half Maraton 2025 kembali lagi bagi edisi kesembilan dengan sasaran lebih 12,000 penyertaan pada 4 Mei ini.

Penganjuran kali ini menjanjikan cabaran yang lebih menarik untuk merasai pengalaman berlari di laluan paling ikonik sekitar ibu kota termasuk kawasan berbukit di Bukit Tunku yang cukup mencabar.

Pengarah perlumbaan, Harrison Jub berkata, Kuala Lumpur City Day Half Marathon bertambah menarik dengan kerjasama TBM Electrical Store Malaysia, jenama peruncit barangan elektrik terkenal di negara.

Menurutnya, Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi pelepasan dan penamat larian dengan berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad yang penuh bersejarah.

“Menariknya, Half Maraton akan terbahagi kepada dua kategori, Terbuka Malaysia dan Antarabangsa menjadikan edisi kali ini bertambah mencabar.

“Pelari kebangsaan turut mengambil bahagian dan kita harap lebih ramai menyertai edisi kali ini.

“Acara larian ini dijangka lebih meriah apabila semua peserta yang berjaya menamatkan larian bakal menerima beg cenderamata eksklusif,” katanya pada majlis pelancaran di Damansara semalam.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu Half Maraton 21 kilometer (km), 10km, Fun Run 3km dan 5km.

Ia sekali gus bakal membuka penyertaan kepada semua peringkat umur termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan inisiatif kerajaan ‘Sukan Untuk Semua’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI