fbpx

‘Kerja tiada syarat, Syafiq boleh fikir mana baik, mana buruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi meletakkan kepercayaan 100 peratus terhadap suaminya, Syafiq Kyle soal kerja. - FIRDAUS JOHARI

PETALING JAYA – Faham kerja masing-masing, pelakon Mimi Lana menegaskan tiada sebarang syarat diletakkan suami, Syafiq Kyle, terhadap karier lakonannya meskipun sudah sah bergelar suami isteri sejak dua bulan lalu.

Ujar Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, hubungan mereka yang sudah lama terjalin sebelum bernikah membuatkan dia lebih faham tentang keperluan menjaga maruah dan batas pergaulan sebagai wanita berstatus isteri.

“Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, masing-masing perlu ada ‘common sense’.

Sebagai manusia, kita boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Mana yang baik dan mana yang buruk.

“Saya dan Syafiq sudah ada perbincangan itu sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah,” katanya kepada HibGlam.

Tambah pelakon filem The Experts itu, kehidupannya selepas bergelar isteri berjalan lancar, malah kini banyak menumpukan perhatian kepada rumah tangga memandangkan belum memulakan sebarang penggambaran.

“Tentang bahagi masa, setakat ini alhamdulillah. Lagipun perkahwinan saya dan Syafiq masih baharu dan tak sampai dua pun lagi, tapi buat masa sekarang tak ada masalah.

Saya pun belum masuk set penggambaran lagi. Doakan saya mudah-mudahan semua okey,” ujarnya.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dalam drama bersiri First Wives yang akan menemui penonton bermula hari ini di platform penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.

Drama lapan episod itu turut dibintangi Melissa Campbell, Zeera Azizi, Malek Mccrone, Charles Robert dan Andy Teh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI