fbpx

Kawalan keselamatan di Putra Heights akan dilonggarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin pada sidang media di Masjid Putra Heights hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

SUBANG JAYA – Kawalan keselamatan di lokasi kejadian insiden letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights di sini berkemungkinan akan dilonggarkan bermula Isnin depan untuk pemilik kediaman.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kediaman yang mengalami kerosakan kecil antara lima hingga enam peratus akan dibenarkan untuk dibaiki oleh pemilik terlibat, namun kawalan keselamatan masih dilakukan untuk mengelak kes kecurian.

“Selepas ini kita akan benarkan pemilik rumah yang ada kerosakan kecil (masuk ke lokasi) sebab pasti pembekal atau kontraktor perlu masuk ke kediaman mereka. Kalau tutup dan kekang susahlah,” katanya pada sidang media di Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, kira-kira 87 keluarga terjejas telah mendaftar untuk berpindah ke kediaman sementara tajaan Airbnb.

Kata beliau, terdapat baki 16 keluarga memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri duduk dan tinggal di Airbnb yang telah disiapkan.

“Pada sama kita akan periksa lagi dari khemah ke khemah di sini sama ada mereka telah mempunyai persediaan untuk berpindah atau pergi ke rumah sewa yang akan ditetapkan.

“Kita akan tawarkan rumah-rumah kita (kerajaan Selangor) yang zero deposit termasuk di Sepang. Kita juga dapat tawaran daripada beberapa pemaju seperti di Bukit Raja.

“Siapa kurang berkemampuan boleh ambil. Kita akan bagi bantuan (sewa) akan datang bukan satu bulan, kita bagi dua hingga tiga bulan sekaligus supaya mereka boleh menyelesaikan masalah deposit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI