fbpx

‘Kain kafan hadiah hari jadi daripada suami, makan dalam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR KHIRIAH agak terkejut namun menerima dengan ikhlas hati hadiah kain kafan daripada suami sempena ulang tahun kelahiran ke-47 dirinya yang jatuh pada hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Noorkhiriah terkejut menerima hadiah set kain kafan daripada suami sempena hari jadinya yang ke-47.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nookhiriah Ahmad Shapie menerima dengan hati terbuka hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah itu.

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang.

“Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

“Siap dengan riben. Saya terima,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelakon yang sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun itu menganggap hadiah tersebut sebagai simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa.

“Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.

“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelasnya.

Noorkhiriah yang mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI