fbpx

JBPM terima 30 unit FRT baharu tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berusia lebih 20 tahun akan dilupuskan dan akan digantikan dengan kenderaan baharu dalam tempoh tiga hingga ke enam bulan secara kaedah tukar beli dengan syarikat CLW Special Automobile Sdn. Bhd.-Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) baharu tahun ini bagi mempertingkatkan lagi kompetensi tindak balas terhadap panggilan kecemasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jentera itu diperolehi melalui kaedah tukar beli dengan kerjasama dengan syarikat CLW Special Automobile (M) Sdn. Bhd. (CLW Malaysia).

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, CLW Malaysia akan mengambil 30 unit jentera FRT milik JBPM yang berusia lebih 20 tahun dianggarkan bernilai RM2.3 juta dan menggantikannya dengan 30 unit jentera FRT baharu.

“CLW Malaysia juga bersetuju melaksanakan dan menyiapkan projek ini iaitu jauh lebih singkat berbanding proses perolehan baik pulih yang kebiasaannya mengambil masa dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (Bagi Tender Bekalan) antara JBPM dan CLW Special Automobile (M) Sdn. Bhd. (CLW Malaysia) di sini hari ini.

Pada masa sama, Nor Hisham berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa lagi jentera milik pasukan itu yang berusia lebih 20 tahun untuk ditukarkan dengan jentera baharu.

Sementara itu, JBPM dalam kenyataan sempena majlis itu memaklumkan pelaksanaan projek perolehan rundingan terus 30 unit FRT sedia ada JBPM merupakan langkah tepat bagi memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang efektif dapat disalurkan kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI