fbpx

Ibu tunggal tidak mengaku cederakan anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (dua dari kiri) selepas dituduh mencederakan anak kandung di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dengan cara mencederakan anak kandungnya sendiri yang berusia 11 tahun pada Ahad lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menganiaya anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan fizikal di sebuah bilik di Taman Kangar, di sini kira-kira pukul 6 pagi pada 6 April lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2006 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin berjumlah RM15,000, namun tertuduh merayu agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia perlu bekerja bagi menyara anak-anak yang menjadi tanggungannya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dikenakan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan serta tidak boleh menghampiri dan mengganggu mangsa.

Difahamkan, tertuduh gagal membayar jaminan dikenakan dan ditahan di Pusat Koreksional Perlis.

Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan seorang wanita direman selepas disyaki menggigit dan mencucuk anak kandungnya menggunakan gunting sehingga cedera dalam kejadian di sini.

Kejadian itu terbongkar selepas guru besar sebuah sekolah di Jitra, Kedah mendapati kanak-kanak perempuan terbabit kerap hadir lewat ke sekolah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI