fbpx

Banjir: Ibu, bayi berlindung di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ammar bersama isteri dan bayinya di PPS Sekolah SK Sungai Binjai, Meru, Klang, Selangor hari ini.-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – “Melihat air naik ke paras betis, kami segera keluar dan berlindung di surau kerana buntu mahu ke mana.”

Itu situasi cemas ditempuh sepasang suami isteri bersama tiga anak termasuk seorang bayi mereka selepas rumahnya di Taman Meru Indah di sini, dilanda banjir hari ini.

Muhammad Ammar Abu Kassim, 32, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga sedang tidur sebelum menyedari air memasuki kediamannya, kira-kira pukul 3 pagi.

“Saya kemudian menghubungi beberapa pihak untuk mendapatkan maklumat lanjut namun dimaklumkan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) belum dibuka.

“Selepas bertahan di rumah lebih dua jam, kami termasuk bayi perempuan berusia empat bulan keluar menyelamatkan diri dengan berlindung di surau berdekatan,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru di sini, hari ini.

Kakitangan swasta itu antara ratusan mangsa yang ditempatkan di PPS itu selepas kediaman mereka termasuk di Jalan Cempaka, Jalan Kenangan, Jalan Teratai dan Taman Meru Indah dinaiki air.

Sementara itu, isterinya, Nabilah Zakaria, 30, berkata, mengakui bimbang tiada arah tuju bagi mendapat perlindungan terutama bayinya sebelum berpindah ke pusat berkenaan, kira-kira pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI