fbpx

Hujan lebat, ribut di lima negeri hingga 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kedah di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Hujan lebat juga diramal berlaku di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

Manakala, ribut petir dijangka melanda Pahang di daerah Rompin. Cuaca sama dijangka berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

“Cuaca itu dijangka berlarutan hingga pukul 12 tengah hari nanti,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI