fbpx

Gadis 19 tahun diculik, dijamah 22 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail polis mengawal sebatang jalan raya di Varanasi. - AFP

NEW DELHI – Seorang gadis berusia 19 tahun di bandar Varanasi, India diculik dan diperkosa bergilir-gilir oleh 22 lelaki selama seminggu, lapor portal berita editorji.

Polis telah menahan enam orang dan sedang mengesan baki suspek.

Mangsa yang merupakan penduduk kawasan Lalpur, meninggalkan rumah pada 29 Mac lalu untuk melawat rakannya.

Ia merupakan rutin yang dia ikuti tanpa sebarang insiden tidak diingini sehinggalah pada  hari kejadian.

Kegagalan mangsa pulang mendorong keluarganya membuat laporan polis pada 4 April lalu.

Gadis itu dilaporkan diberi dadah sebelum dirogol. Dia dibebaskan oleh penculiknya di persimpangan Pandeypur. 

Walaupun dalam keadaan keliru, mangsa berjaya sampai ke kediaman rakannya sebelum dihantar pulang ke pangkuan keluarga.

Sebaik pulang, dia menceritakan peristiwa tersebut kepada bapanya yang membawa kepada aduan rasmi kepada pihak berkuasa.

Mangsa mendedahkan bahawa dia dicabul di beberapa lokasi, termasuk di hotel, rumah persinggahan dan rumah tetamu. 

Aduan itu menyenaraikan 22 suspek terlibat dalam serangan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI