fbpx

Empat ‘Datuk’ terlibat penipuan pelaburan ditahan, aset 3.17 bilion dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Empat individu bergelar ‘Datuk’ ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan menerusi Op Northern Star, bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan itu dibuat menerusi tindakan rentas negara hasil maklumat ‘notis merah’ daripada interpol.

Menurutnya, kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan skim penipuan dikenali sebagai pelaburan MBI yang berpusat di negara jiran.

“Setakat ini, lapan individu warga tempatan ditahan membabitkan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia di antara 44 hingga 62 tahun.

“Antara yang ditahan termasuk dua individu dan dua peguam yang bergelar Datuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) (Akta 613) untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil serbuan dijalankan, pihaknya berjaya melakukan pembekuan dan penyitaan aset berjumlah lebih RM3.17 bilion.

“Rampasan membabitkan 638 akaun bank dan saham bernilai lebih RM1.16 bilion, 35 unit hartanah (RM2 bilion) serta 10 kenderaan mewah dan 12 utas jam tangan.

“Selain itu, polis juga menyita wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dan ringgit Malaysia termasuk dua unit barang kemas serta empat beg tangan mewah,” ujarnya.

Razarudin berkata, turut dirampas iaitu pelbagai dokumen penting berkaitan harta dan barangan dipercayai hasil perolehan haram berkaitan aktiviti penipuan pelaburan terbabit.

“Polis akan meneruskan siasatan terhadap mana-mana individu disyaki terlibat dalam kegiatan haram ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI