fbpx

Dua sesi pertemuan menteri ASEAN bukti Malaysia bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana sekitar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berakhir semalam. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

GOMBAK – Kesediaan Malaysia dalam mempengerusikan Mesyuarat ASEAN tahun ini telah terbukti berjaya dengan dua sesi pertemuan bersama Menteri Perdagangan dan Menteri Kewangan semua negara ASEAN sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua sesi tersebut dia adakan masing-masing pada kelmarin dan minggu lalu antara lain membincangkan tentang tarif yang telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Alhamdulillah semuanya, kita tidak setuju dengan tarif itu sekarang agak reda, kita ambil pendekatan bersama, Ini kemajuan yang amat baik.

“Jadi selepas dua sesi yang kita adakan ini, saya rasa kita sudah bersedia untuk mempengerusikan mesyuarat ASEAN nanti, semua wakil hadir dan menguruskan perjumpaan ini dengan baik.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam dua pertemuan itu,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, Batu 6, Gombak hari ini.

Sementara itu, Anwar turut mendedahkan Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI