fbpx

Dua remaja maut langgar lori di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut dua nyawa di Taman Bandar Baru, Bukit Gambir, Tangkak hari ini.

TANGKAK – Dua remaja maut dalam satu kemalangan tragis apabila motosikal ditunggang melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan berhampiran tabika Kemas, Taman Bandar Baru, Bukit Gambir, di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, PPgB Mohd. Farizan Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.28 tengah hari.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang telah melanggar sebuah lori Hino 7 tan yang diparkir di bahu jalan.

“Terdapat dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Muhammad Afiq Rusyaidi Abdul Rashid, 18, dan Muhammad Farhan Danial Mohd Fauzi, 17.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di tempat kejadian dan tidak tersepit,” katanya ketika di hubungi hari ini.

Tambah Farizan, pihak bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI