fbpx

Dua maut, 3 parah kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bestari menghala Pekan Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru semalam. - Foto PDRM

JOHOR BAHRU – Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bestari menghala ke Pekan Tiram, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, seorang wanita berusia 58 tahun yang juga pemandu Perodua Myvi maut di tempat kejadian.

Manakala bayi berusia setahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dinaiki wanita bersama empat penumpang termasuk bayi.

“Perodua Myvi dipandu mangsa dari Jalan Bestari menghala ke Pekan Tiram.

“Ketika tiba di tempat kejadian, Perodua Myvi tersebut membelok ke kanan menyebabkan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar sebelah kanan kereta.

“Dan pada masa sama datang sebuah Hilux kedua dari arah Ulu Tebrau juga tidak sempat mengelak telah mengelak telah melanggar bahagian belakang kereta.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Myvi tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalaman.

Manakala seorang bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSI

“Tiga lagi penumpang termasuk dua wanita berusia 83 dan 62 tahun serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Zon Merah HSI.

“Manakala pemandu Hilux pertama lelaki tempatan berumur 23 tahun mengalami kecederaan ringan, dan pemandu Hilux kedua, lelaki tempatan berumur 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI