fbpx

CCTV rakam penunggang kuda tanpa kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN video menunjukkan hantu penunggang kuda tanpa kepala (dalam bulatan). - Foto Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO  – Kelibat seorang penunggang kuda tanpa kepala menyeberang jalan pada waktu tengah malam dirakam kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lapor portal berita The Sun semalam.

Berjuta-juta orang menonton klip video itu yang bermula dengan paparan jalan yang sunyi di sebuah lokasi di Mexico pada waktu tengah malam.

Bunyi kuda berlari kedengaran diikuti kemunculan penunggang kuda tanpa kepala tersebut.

Klip video itu dirakam di bandar Tetecala, selatan Mexico sekitar  pukul 12.51 tengah malam  (waktu tempatan), minggu lalu.

Seorang netizen berkata: “Kuda itu kelihatan tanpa kulit seperti kuda yang sudah mereput dan hanya tinggal tulang.”

Penduduk setempat keliru menonton rakaman tersebut, demikian menurut media tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI