fbpx

‘Bekas rakan kongsi? Biarlah dia, Allah ada doa je baik-baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahnita enggan melayani dakwaan seorang wanita bernama Neysahz yang kononnya semua perkara didedahkan aktres itu kepada umum sebelum ini adalah tidak benar.

PETALING JAYA – “Bekas rakan kongsi? Saya tidak rasa begitu.”

Demikian respons bekas model, Zahnita Wilson apabila seorang wanita bernama Neysahz tampil mengaku sebagai bekas rakan kongsi dan mendakwa semua perkara yang didedahkan aktres itu kepada umum sebelum ini adalah tidak benar.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, enggan memberikan respons lanjut sebaliknya hanya memohon doa terbaik.

“Doakan baik-baik sahajalah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ditanya mengenai reaksi selepas mendapat tahu tentang dakwaan Neysahz, Zahnita juga enggan peduli selain menyerahkan kepada Yang Maha Esa.

“Rasa mcm biarlah dia. Allah ada,” ujarnya pendek.

Tidak lama kemudian, Zahnita segera meninggalkan perbualan kerana menerima banyak tempahan pai buatannya.

“Maaf ya, saya akan hubungi awak kemudian.

“Order tengah banyak masuk, alhamdulillah,” jelasnya.

Semalam, Neysahz bersuara kerana mendakwa pelbagai perkara yang berlaku seperti tidak masuk akal sebelum berhenti menjadi rakan kongsi Zahnita beberapa bulan lalu.

Dakwanya lagi, semua perkongsian Zahnita mengenai masalah yang dilalui sebelum ini adalah palsu semata-mata.

Terdahulu, Zahnita pada 2 Disember tahun lalu berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Susulan itu, pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu.

Kemudian pada Mac lalu, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.

Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI